Kisah Di Negeri Orang
Suasana didalam bilik be
rsalin begitu sunyi sekali. Yang
kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak
melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk...
aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri
yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak
bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu.
Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak
sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak
dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak
menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan
menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah
hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak
juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat
apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri
terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani
dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian
bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor
Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan
kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu.
Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang
akan rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran
..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata
peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga
dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun
keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja
bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk
kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar
rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You
juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri,
it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri
hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh
Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang
lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi
nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan
kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum
dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani
berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi
Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya
tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan
memendam rasa sahaja.
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah
jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi
peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan
kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia
mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara
yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah
Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan
pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani
menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan
juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan
mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali
dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya
itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan
Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan
mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan.
Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong
selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu
perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam
keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia
disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima
anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka
pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam
kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati
isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila
dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang
berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini
tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani
bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak
Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah
Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke?
Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang
yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"?
sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap
macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk
badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali
sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis .
Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin
laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani
rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini
sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun
boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama
kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu
dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri
menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada
Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani
bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat
dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram,
hukum hakam agama.
?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani
bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani
sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.?
Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba
nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak
membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.?
Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa
pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara
menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja.
Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam
terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah
keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih
memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya
yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata
untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya
itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya
pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat
kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang .
Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya.
Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi
sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan
tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan
tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam
macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah
Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani
sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari
sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit,
lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak
hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong
apa yang patut.? Pinta Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan
dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya,
Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku
punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke."
marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari
pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada
Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani
kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh
tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan
dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau
lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab
sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran.
Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas
puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan
Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya
berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke
hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan
Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya
terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan
bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul
bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri
hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani
dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas
kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik
untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala
yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani
itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat
buat sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana
Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu
pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab
untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku
tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu
melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta
izin dari awak Zamri.?
?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca
diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata
Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas
dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya.
Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan
peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri
membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala
luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri
dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri
terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri
penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila
tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah
yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI
INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak
pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang.
Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang
tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani
pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG?
seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa
diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat
merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah
sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani
lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan
kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari
ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai
hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan
kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah
paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang.
Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini,
Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun
melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang
seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani
walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga
Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak
mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya
menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging
sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa
bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan
membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka
dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan
Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak
dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah
Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani.
Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga
rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel
anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah
Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk
Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun
Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk
membisu.
Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya
terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan
Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN
KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA
MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu
demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam
dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas
terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani,
maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali.
Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang
begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak
Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa
berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu
tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang
minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil
menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri
meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan
dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi
mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat
oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan
kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara
Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka.
Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka
mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu
saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan
di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian
isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...
Ya Allah?.
Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara
Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka
Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana
Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya
menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka
semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......